Sohaib dan Ammar memeluk Islam pada waktu yang sama. Pada masa itu Nabi
Muhammad s.a.w. tinggal ditempat kediaman Arqam. Mereka datang secara
berasingan untuk memeluk agama Islam dan telah bertemu dipintu rumah Arqam.
Sohaib seperti Ammar telah menderita akibat penyiksaan yang diterima ditangan
pemusuh-pemusuh Islam. Akhirnya dia memutuskan hendak berhijrah ke
Madinah.Kafir-kafir Quraish tidak mahu dia berbuat demikian lantas menghantar
suatu gerombolan untuk memaksanya balik ke Mekah.Sebaik-baik sahaja kafir-kafir
musyrikin itu mendekatinya, dia memekik kepada mereka:"Kamu semua tahu yang
aku ini pemanah yang lebih handal daripada kamu. Selagi ada anak panah pada ku
selama itulah kamu tidak dapat menghampiri aku. Apabila habis anak panah ku aku
akan menggunakan pedang aku pula. Kalau kamu suka pergilah ambil wangku yang
kutinggalkan di Mekah dan dua orang sahaya perempuanku sebagai penebusan diriku."
Mereka bersetuju. Dia pun memberitahu tempat dimana wangnya disimpan.
Selepas itu dia meneruskan perjalanannya ke Madinah. Berkenaan dengan perbuatan
Sohaib ini Allah s.w.t. telah menurunkan ayat yang
berikut kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Dan dari antara
manusia ada yang menjual dirinya kerana hendak mencari keridhaan Allah
dan Allah
itu amat penyayang kepada hamba-hambaNya."
Pada ketika menerima ayat ini Nabi
Muhammad s.a.w.. berada di Qubo. Apabila dilihatnya Sohaib, Baginda
s.a.w. pun berkata: "Penjualan yang baik sungguh, Sohaib."