Friday 25 May 2012

Confirm Flight ke alam barzakh?


credit by pakcik Google

Kenangilah akan flight kita ke alam barzakh...

One way flight yang tiada jalan pulang nya
Bila pergi ..ia akan selamanya
Confirm flight yang tak perlukan waiting list
Tak perlu booking dari awal
Tak ada boarding past yang perlu diambil
Tak ada last call untuk boarding
Tak ada bagasi yang perlu discan
Tak ada nombor tempat duduk yang perlu di cari
Tak ada economy class atau VIP
Tak ada senyum " Good Morning sir ? " dari paramugari
Tak ada juice dalam perjalanan
Tak ada demo keselamatan
Tak ada bahan bacaan untuk tatapan
Tak terlihat awan yang penuh keindahan
Dan tak ada ucap selamat dari juruterbang

Yang ada ...
Hanya check in dari Izrail
Yang akan datang memanggil
Hanya ucap selamat dari tanah perkuburan
Hanya soalan dari mungkar nakir yang menggerunkan
Hanya bacaan talqin yang menginsafkan
Hanya gelombang sakaratul maut yang menyakitkan
Hanya pertarungan ujian dengan syaitan
Yang cuba menyesatkan aqidah dengan seribu penyamaran
Hanya iringan Yasin dan bacaan Al-Quran
Dari anak yang soleh, rakan dan taulan
Hanya amalan akan discan
Dengan penuh detail dan ketelitian
Walau sebesar zarah akan dihitung
Segala perbuatan kita akan ditanggung
Amalan soleh atau toleh
Begitulah adilnya Tuhan
Tidak membiarkan sebarang penganiayaan
Untuk rujukan di liang perkuburan
Jika mulia jadilah taman syurga
Kalau hina.. Jadilah lubang neraka

Kita confirm akan ke sana
Tak ada yang terlepas dari persoalannya
Awas !!...dan beringatlah
Confirm flight ini akan tiba jua
Bukankah rasul telah bersabda " Cukuplah mati sebagai peringatan ". 
Tiada tiket yang menunjukkan masa
Tiada transit di mana-mana
Tanpa mengetahui bilakah masa nya
Semua nya hanya ada
Dalam pengetahuan Tuhan yang Esa
Maha Mentadbir dan mengetahui segala-gala nya..

Thursday 17 May 2012

Last Day LI...

salam..
Hari ne last day saya pratikal..Sedar tak sedar dah hampir 6 bulan berada di OpenApps... Cepat sungguh masa berlalu..ceh...>_<..
terma kasih banyak tuk semua anggota OpenApps Hospital Keningau...



Happy 
Pratikal dah habis

Sedih
Start kuliah sudah..OMG Assigment..setelah lama ditinggalkan..

.

Monday 14 May 2012

Special Mother's Day Giveaway!!

Assalammualaiku wtb..hari ne first time saya join GA istimewa untuk Hari Ibu..Bagi saya setiap hari itu adalah hari ibu..Pengorbanan seorang ibu tidak dapat hendak di balas dengan harta benda...Betapa luhurnya kasih sayang seorang yg bergelar ibu..Hargailah ibu kita..So, kepada sesiapa yang nak join GA nie dan berikan hadiah kepada ibu tersayang, boleh la pergi ke blog Musnida Bakery..

Saya nak tag..

Mama Sheng 
Cik Nurfarah  
Siti Nurazwaniza







Wednesday 9 May 2012

Misteri kemalangan di waktu subuh


Assalammualikum semua..Jom kita ambil iktibar dengan kisah ini...



Jam menunjukkan pukul 2 pagi , Haji Masjid masih tidak dapat melelapkan mata , berita kemalangan yang ditayangkan secara lansung dalam berita perdana tadi membuatkan jantungnya tidak berhenti berdegup.Amat ngeri apabila sebuah motosikal yang dibonceng oleh sepasang kekasih bawah umur merempuh sebuah Lori Najis dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Punca kejadian ialah disebabkan kecuaian penunggang yang membuat aksi merbahaya dan memandu dengan laju.Mangsa adalah sebaya dan bersekolah Tingkatan 4 di sekolah menengah di ibukota 
.
Tingkatan 4? , jantungnya tidak berhenti berdegup , umur Haji Masid mencecah 62 Tahun , umur subsidi yang masih diberikan Allah S.W.T.Haji Masjid selalu teringatkan hal kematian sejak dia aktif berulang alik ke Masjid semenak pencen sebagai Pegawai Kerajaan.

Anak Kembar bongsunya masih bersekolah dalam tingkatan 4,Haji Masjid mulai bimbang, kerana anaknya tidak pulang ke rumah disebabkan menghadiri malis hari jadi rakanya.”Biasalah budak-budak sekarang..biarkanlah bang”, Masih terngiang-ngiang kata-kata isterinya ketika Haji Masjid membebel panjang mengenangkan perangai anak-anaknya.

Walaupun Haji Masjid Rajin ke Masjid tetapi anak-anaknya tidak pernah sekalipun datang solat subuh di Masjid.Sudah puas di ajak , Selalu saja isteri Haji Masjid mempertahankan anaknya kerana terlalu kesian kepada anak-anaknya yang letih selalu pulang lewat malam.

Bunyi motor sayup-sayup ditingkat bawah menghentikan lamunan Haji Masjid , dia tahu itu bunyi motor anak-anaknya…pintu ruang utama berbunyi di buka perlahan-lahan , jam sudah menunjukkan jam 3.30 pagi…Haji Mahmud hanya mampu berisytigfar dengan telatah anaknya..

Satu perasaan kesal menyelubungi dirinya , kerana sebelum ini pun ketika anaknya masih kecil , Haji Masjid tidak pernah membawa mereka ke Masjid atau masjid , malahan dia juga baru berjinak-jinak dengan Masjid sejak dia pencen 3 tahun lepas.

Dalam kekabutan fikirannya …akhirnya dia terlena…

Haji Masjid terjaga dengan laungan Azan Subuh yang kedengaran dengan jelas dari Masjid yang hanya jarak 100 meter dari rumahnya…Haji Masjid Bingkas bangun…Isterinya masih lena dengan tidurnya..Haji Masjid mengejutkan isterinya dan bingkas bangun ke bilik air.

Dengan cepat dia bersiap-siap dengan rutin hariannya ke Masjid…Tiba-tiba dia teringatkan mimpi ngerinya tadi..suatu mimpi yang melibatkan kemalangan misteri di waktu subuh..
Cepat-cepat dia ke bilik anak kembarnya dan mengejutkan mereka..

“Bangun!..bangun! kita ada kemalangan ni!”
Haji Masjid mengejutkan anak-anaknya dengan tergesa-gesa..
Anaknya yang terkejut ..bingkas bangun.
“Kemalangan apa papa?”
Soal anaknya yang masih mamai
“Jangan banyak soal..pakai baju melayu tu dan songkok…cepat ikut papa kita ada kemalangan ngeri ni!”
Anak-anaknya tanpa banyak soal pantas bangun mencapai baju melayu dan songkok lantas bersiap-siap mengikut Haji Masjid.

Haji Masjid menghidupkan kereta dan anak-anaknya menurut dengan pantas memasuki perut kereta..
Kedua-duanya masih terpinga-pinga.
Belum pernah mereka keluar seawal pagi begini, tambahan pula pakai baju melayu dan songkok..nak kemana lah agaknya..mesti ada kematian akibat “Kemalangan ngeri itu”, fikir anaknya.
Haji Masjid membelokkan keretanya ke masjid yang berdekatan dengan rumahnya.
“Kita Solat dulu!”
Anaknya hanya mengikut arahan..
Selesai mereka mengambil wudhu’ Imam Sudah megangkat takbir,Cepat-cepat mereka masuk ke dalam saf pertama yang masih kosong.

Selesai sahaja doa selepas solat fardhu subuh,cepat-cepat anak kembar haji Masjid menuju ke kereta, mereka pelik melihat Haji Masjid sempat bersalam-salam dengan jemaah-jemaah lain dan berbual..
Kelihatan beberapa jemaah lain menerpa Haji Masjid dan memeluknya..ada juga yang menepuk-nepuk bahu Haji Masjid.

Mungkin jemaah Masjid sedang mengucapkan takziah diatas “kemalangan ngeri yang dikatakan oleh Haji Masjid tadi..Cuma mereka masih berdebar-debar..siapakah yang kemalangan itu ..dan adakah ianya kemalangan maut?
Siapa meninggal Papa?
Haji Masjid hanya mendiamkan diri dan memandu keretanya kembali ke rumah.
“Papa nak ambil mama ya”
Soal anak kembar Haji Masjid ketika kereta memasuki perkarangan rumah mereka.
“Kita Dah Sampai!”

Anak kembar Haji Masjid bertambah bingung..
Isteri Haji Masjid juga terperanjat apabila melihat tiga beranak ini balik …
“Eh kemana abang bawak budak-budak ni?”
Soal isteri Haji Masjid..
“Ntah Papa kata ada kemalangan ngeri tadi”
Hah Siapa kemalangan bang?
Haji Masjid hanya tersenyum…
“Eh dah buang tebiat ke orang tua ni…,Siapa bang?”
Dengan tenang Haji Masjid Menjawab…
“Anak kembar kesayangan awak ni yang hampir-hampir kemalangan subuh tadi”
Anak Haji Masjid bertambah bingung..mereka menggaru-garu kepala yang tidak gatal
“Elok je anak kita ni bang..?”
Iya mereka selalu mendapat kemalangan setiap subuh..Cuma pagi ni saya sempat menyelamatkan mereka dari kemalangan ni!
“Apa awak cakap ni bang?”
Isteri Haji Masjid bertambah bingung seperti orang dungu …
Saya teringat kuliah maghrib semalam…

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:
Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Akhirnya barulah isteri Haji Masjid faham..
Anak kembar Haji Masjid membatu dan menundukkan pandangan mereka ke lantai.
Barulah mereka faham dan akhirnya terungkailah kisah “Misteri Kemalangan Di Waktu Subuh”
Tapi Papa kenapa ramai jemaah yang datang peluk papa tadi?
Oh..sebelum ni papa selalu ceritakan bahawa anak-anak papa selalu “kemalangan di waktu subuh” dan papa hampir putus asa memikirkan macamnana nak ajak kamu solat subuh berjemaah di masjid..mereka selalu memberi semangat dan menyuruh papa sentiasa berusaha dan berdoa…tadi mereka juga bersyukur..dan memeluk papa selepas lihat papa Berjaya bawa kamu ke masjid…
Esok kamu nak kemalangan lagi?
“Tidak papa…kami takut kemalangan tu!”
Jawab Anak kembar Haji Masjid serentak..
Haji Masjid tersenyum..kali ini seyumannya bertambah lebar!
Artikel Asal : Ibnu Rahman 

Tuesday 8 May 2012

Sibuk??

Perbualan diantara dua sahabat..

Sahabat A: Petang ne ada usrah di PI..Jom lar pergi.
Sahabat B: Macam mana ar? aku sibuk bah ne..banyak lagi assigment belum buat..kau pergi sajalah..nanti kirim salam saja dengan nakibah kita ar..
Sahabat A: Owh bah eya lar...aku nda paksa kau juga..aku jalan dulu ar..Assalammualikum..
Sahabat B: Walaikumsalam..

Sejam kemudian...
Sahabat A balik dari PI..ternampak kelibat sahabat B di cafeteria sedang gelak ketawa dengan sahabat sekelasnya..

Sahabat B: Macam mana usrah tadi? Banyak kar juga yang datang?
Sahabat A: uhh..usrah macam biasa saja..banyak juga lar yang aku belajar dari usrah tadi..
Sahabat B: Owh..bagus lar tue.
Sahabat A: Sudah siap lar assigment kau?
Sahabat B: errrr...ada lar tinggal sikit lagi ne..kau sudah siap?
Sahabat A: owh..sudah lepas usrah tadi aku buat..tinggal print lagi...

Perkara sebegini sering kali berlaku di alam kampus..kita sering merungut..saya sibuk ne..tak dapat nak hadir majlis ilmu, usrah, mesyuarat dan lain-lain..banyak lagi alasan yang sering kita dengar..Walhal majlis ilmu hanya beberapa minat saja..hanya beberapa kerat saja yang hadir..Tapi kita sibuk dengan hanya beberpa perkara...

Tahukah kalian? Nabi merupakan manusia yang paling sibuk. namun kita lihat bagaimana beliau memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah siang dan malam sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersukur kepada Allah yang telah memberinya nikmat di dunia. Maka marilah kita sama-sama mengukur sejauh mana kesibukan kita berbanding dengan beliau..

Marilah sahabatku kita berfikir sejenak...adakah kita dijadikan di bumi Allah ini hanya sia-sia?

"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." [As Sajadah:9]

Renungan..
Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.- Al Imam Ghazali










Thursday 3 May 2012

salam..
Hari jumaat ne genap umurku 20 tahun.. tq Allah atas nikmat yang kau berikan..sebenarnya jam 12 malam lagi aku nak buat post..tapi memandangkan broadband tak ada line..terpaksa lar tdo jak lar..huhu..
Peningkatan usia ini ku harap akan lebih mematangkan diri ku....

12.00 am
Tut..tut..(menandakan ada mesej sampai )

"dear edni, hepy bday!! smoga Allah beri kberkatan n krahmatan dlm sgala apa yg kau usahakan. smoga kau pnjng umur n dberi nikmat sihat yg bpnjangan. amin, andai selama ini ak bnyk brbuat salah, ak mintak maaf, smoga kau jd seorang yg tabah n x mudah mengalah dlm mncari keredhaanNya. uhibbukifillah :))".

ne lar mesej dia..maw nangis saya baca..terima kasih mun..
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada lagi hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya...uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.


Aduhai wanita…
Sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedarinya? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.

Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita..

Sebenarnya maruh diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongka batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang dating bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, aka nada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.
Wanita ku..
Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul berderu-deru ibarat halilintar yang singgah di  cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarmu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita mais yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku..

Imanmu adalah perisai , agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruhmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bias kau kendong.

Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bias hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.

Bulatnya iman dan takwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu.

Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan”.

Wanita.. Biar tawadukmu lebih menggunug daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu. Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia..
Credit : Artikel iluvislam.com