Assalammualikum semua..Jom kita ambil iktibar dengan kisah ini...
Jam menunjukkan
pukul 2 pagi , Haji Masjid masih tidak dapat melelapkan mata , berita
kemalangan yang ditayangkan secara lansung dalam berita perdana tadi
membuatkan jantungnya tidak berhenti berdegup.Amat ngeri apabila sebuah
motosikal yang dibonceng oleh sepasang kekasih bawah umur merempuh
sebuah Lori Najis dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.
Punca
kejadian ialah disebabkan kecuaian penunggang yang membuat aksi
merbahaya dan memandu dengan laju.Mangsa adalah sebaya dan bersekolah
Tingkatan 4 di sekolah menengah di ibukota
.
Tingkatan
4? , jantungnya tidak berhenti berdegup , umur Haji Masid mencecah 62
Tahun , umur subsidi yang masih diberikan Allah S.W.T.Haji Masjid selalu
teringatkan hal kematian sejak dia aktif berulang alik ke Masjid
semenak pencen sebagai Pegawai Kerajaan.
Anak
Kembar bongsunya masih bersekolah dalam tingkatan 4,Haji Masjid mulai
bimbang, kerana anaknya tidak pulang ke rumah disebabkan menghadiri
malis hari jadi rakanya.”Biasalah budak-budak sekarang..biarkanlah
bang”, Masih terngiang-ngiang kata-kata isterinya ketika Haji Masjid
membebel panjang mengenangkan perangai anak-anaknya.
Walaupun
Haji Masjid Rajin ke Masjid tetapi anak-anaknya tidak pernah sekalipun
datang solat subuh di Masjid.Sudah puas di ajak , Selalu saja isteri
Haji Masjid mempertahankan anaknya kerana terlalu kesian kepada
anak-anaknya yang letih selalu pulang lewat malam.
Bunyi
motor sayup-sayup ditingkat bawah menghentikan lamunan Haji Masjid ,
dia tahu itu bunyi motor anak-anaknya…pintu ruang utama berbunyi di buka
perlahan-lahan , jam sudah menunjukkan jam 3.30 pagi…Haji Mahmud hanya
mampu berisytigfar dengan telatah anaknya..
Satu
perasaan kesal menyelubungi dirinya , kerana sebelum ini pun ketika
anaknya masih kecil , Haji Masjid tidak pernah membawa mereka ke Masjid
atau masjid , malahan dia juga baru berjinak-jinak dengan Masjid sejak
dia pencen 3 tahun lepas.
Dalam kekabutan fikirannya …akhirnya dia terlena…
Haji
Masjid terjaga dengan laungan Azan Subuh yang kedengaran dengan jelas
dari Masjid yang hanya jarak 100 meter dari rumahnya…Haji Masjid Bingkas
bangun…Isterinya masih lena dengan tidurnya..Haji Masjid mengejutkan
isterinya dan bingkas bangun ke bilik air.
Dengan
cepat dia bersiap-siap dengan rutin hariannya ke Masjid…Tiba-tiba dia
teringatkan mimpi ngerinya tadi..suatu mimpi yang melibatkan kemalangan
misteri di waktu subuh..
Cepat-cepat dia ke bilik anak kembarnya dan mengejutkan mereka..
“Bangun!..bangun! kita ada kemalangan ni!”
Haji Masjid mengejutkan anak-anaknya dengan tergesa-gesa..
Anaknya yang terkejut ..bingkas bangun.
“Kemalangan apa papa?”
Soal anaknya yang masih mamai
“Jangan banyak soal..pakai baju melayu tu dan songkok…cepat ikut papa kita ada kemalangan ngeri ni!”
Anak-anaknya tanpa banyak soal pantas bangun mencapai baju melayu dan songkok lantas bersiap-siap mengikut Haji Masjid.
Haji Masjid menghidupkan kereta dan anak-anaknya menurut dengan pantas memasuki perut kereta..
Kedua-duanya masih terpinga-pinga.
Belum
pernah mereka keluar seawal pagi begini, tambahan pula pakai baju
melayu dan songkok..nak kemana lah agaknya..mesti ada kematian akibat
“Kemalangan ngeri itu”, fikir anaknya.
Haji Masjid membelokkan keretanya ke masjid yang berdekatan dengan rumahnya.
“Kita Solat dulu!”
Anaknya hanya mengikut arahan..
Selesai mereka mengambil wudhu’ Imam Sudah megangkat takbir,Cepat-cepat mereka masuk ke dalam saf pertama yang masih kosong.
Selesai
sahaja doa selepas solat fardhu subuh,cepat-cepat anak kembar haji
Masjid menuju ke kereta, mereka pelik melihat Haji Masjid sempat
bersalam-salam dengan jemaah-jemaah lain dan berbual..
Kelihatan beberapa jemaah lain menerpa Haji Masjid dan memeluknya..ada juga yang menepuk-nepuk bahu Haji Masjid.
Mungkin
jemaah Masjid sedang mengucapkan takziah diatas “kemalangan ngeri yang
dikatakan oleh Haji Masjid tadi..Cuma mereka masih
berdebar-debar..siapakah yang kemalangan itu ..dan adakah ianya
kemalangan maut?
Siapa meninggal Papa?
Haji Masjid hanya mendiamkan diri dan memandu keretanya kembali ke rumah.
“Papa nak ambil mama ya”
Soal anak kembar Haji Masjid ketika kereta memasuki perkarangan rumah mereka.
“Kita Dah Sampai!”
Anak kembar Haji Masjid bertambah bingung..
Isteri Haji Masjid juga terperanjat apabila melihat tiga beranak ini balik …
“Eh kemana abang bawak budak-budak ni?”
Soal isteri Haji Masjid..
“Ntah Papa kata ada kemalangan ngeri tadi”
Hah Siapa kemalangan bang?
Haji Masjid hanya tersenyum…
“Eh dah buang tebiat ke orang tua ni…,Siapa bang?”
Dengan tenang Haji Masjid Menjawab…
“Anak kembar kesayangan awak ni yang hampir-hampir kemalangan subuh tadi”
Anak Haji Masjid bertambah bingung..mereka menggaru-garu kepala yang tidak gatal
“Elok je anak kita ni bang..?”
Iya mereka selalu mendapat kemalangan setiap subuh..Cuma pagi ni saya sempat menyelamatkan mereka dari kemalangan ni!
“Apa awak cakap ni bang?”
Isteri Haji Masjid bertambah bingung seperti orang dungu …
Saya teringat kuliah maghrib semalam…
Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
Akhirnya barulah isteri Haji Masjid faham..
Anak kembar Haji Masjid membatu dan menundukkan pandangan mereka ke lantai.
Barulah mereka faham dan akhirnya terungkailah kisah “Misteri Kemalangan Di Waktu Subuh”
Tapi Papa kenapa ramai jemaah yang datang peluk papa tadi?
Oh..sebelum
ni papa selalu ceritakan bahawa anak-anak papa selalu “kemalangan di
waktu subuh” dan papa hampir putus asa memikirkan macamnana nak ajak
kamu solat subuh berjemaah di masjid..mereka selalu memberi semangat dan
menyuruh papa sentiasa berusaha dan berdoa…tadi mereka juga
bersyukur..dan memeluk papa selepas lihat papa Berjaya bawa kamu ke
masjid…
Esok kamu nak kemalangan lagi?
“Tidak papa…kami takut kemalangan tu!”
Jawab Anak kembar Haji Masjid serentak..
Haji Masjid tersenyum..kali ini seyumannya bertambah lebar!
Artikel Asal : Ibnu Rahman
No comments:
Post a Comment