Friday 16 March 2012

Kedahsyatan Allah Jika Berkehendak Sesuatu..


Assalammualikum wtb...sempena hari jumaat yang indah ini, saya nak kongsi satu cerita..yang boleh direnung-renungkan..
Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda yang lama bersekolah di negeri Sam telah kembali ke tanah air. Apabila pemuda itu sampai di rumahnya, dia meminta kepada kedua orang tuanya untuk mencari seorang guru agama untuk menjawab 3 soalan yang akan diajukannya. Akhirnya orang tua pemuda itu menjumpai seorang guru agama yang boleh menjawab soalan anaknya.

"Anda siapa? Dan adakah anda boleh menjawab pertanyaan2 saya?" Pemuda bertanya. "Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan saudara." Jawab Guru Agama. "Anda Yakin?" Sedang PROFESOR dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya." 
Jawab Guru Agama "Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya".  Pemuda itu mengajukkan pertanyaan "Saya punya 3 pertanyaan :

1.    Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya

2.      Apakah yang dinamakan takdir ?

3.      Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.

"Apakah tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?" Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Sambil menahan kesakitan pemuda itu berkata "Kenapa anda marah kepada saya?" 
Jawab Guru Agama"Saya tidak marah....Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukkan kepada saya".  "Saya sungguh-sungguh tidak faham".kata Pemuda tersebut.

·  Guru Agama itu bertanya "Bagaimana rasanya tamparan saya tadi? ". "Tentu saja saya merasakan sakit". jawab pemuda itu. Guru Agama bertanya "Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?". Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, "Tunjukkan pada saya kewujudan sakit itu! ".  "Mana boleh!" jawab pemuda tersebut. "Itulah jawapan pertanyaan pertama : kita merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat kewujudannya ." Terang Guru Agama itu.

· Guru Agama bertanya lagi, "Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?". "Tidak" jawab Pemuda. "Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?" "Tidak" jawab Pemuda. "itulah yang dinamakan TAKDIR" Terang Guru Agama.

· Guru Agama bertanya lagi, "Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?". 
"Kulit". jawab Pemuda. "Pipi anda diperbuat dari apa?" "Kulit". Jawab pemuda. "Bagaimana rasanya tamparan saya?". "Sakit ." Jawab pemuda. "Walaupun SYAITAN tersebut dari api dan NERAKA tersebut dari api, jika TUHAN berkehendak maka NERAKA akan menjadi tempat menyakitkan untuk SYAITAN." Terang Guru Agama tersebut.

Kesimpulannya, apabila Allah berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."  [Al Baqarah:117]