Showing posts with label Coretan Diri. Show all posts
Showing posts with label Coretan Diri. Show all posts

Wednesday, 18 July 2012

 Assalammualaikum...Dah hampir nak ramadhan..tinggal 2 hari..Jom sama-sama kita betulkan niat..Insyaallah..

Tuesday, 8 May 2012

Sibuk??

Perbualan diantara dua sahabat..

Sahabat A: Petang ne ada usrah di PI..Jom lar pergi.
Sahabat B: Macam mana ar? aku sibuk bah ne..banyak lagi assigment belum buat..kau pergi sajalah..nanti kirim salam saja dengan nakibah kita ar..
Sahabat A: Owh bah eya lar...aku nda paksa kau juga..aku jalan dulu ar..Assalammualikum..
Sahabat B: Walaikumsalam..

Sejam kemudian...
Sahabat A balik dari PI..ternampak kelibat sahabat B di cafeteria sedang gelak ketawa dengan sahabat sekelasnya..

Sahabat B: Macam mana usrah tadi? Banyak kar juga yang datang?
Sahabat A: uhh..usrah macam biasa saja..banyak juga lar yang aku belajar dari usrah tadi..
Sahabat B: Owh..bagus lar tue.
Sahabat A: Sudah siap lar assigment kau?
Sahabat B: errrr...ada lar tinggal sikit lagi ne..kau sudah siap?
Sahabat A: owh..sudah lepas usrah tadi aku buat..tinggal print lagi...

Perkara sebegini sering kali berlaku di alam kampus..kita sering merungut..saya sibuk ne..tak dapat nak hadir majlis ilmu, usrah, mesyuarat dan lain-lain..banyak lagi alasan yang sering kita dengar..Walhal majlis ilmu hanya beberapa minat saja..hanya beberapa kerat saja yang hadir..Tapi kita sibuk dengan hanya beberpa perkara...

Tahukah kalian? Nabi merupakan manusia yang paling sibuk. namun kita lihat bagaimana beliau memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah siang dan malam sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersukur kepada Allah yang telah memberinya nikmat di dunia. Maka marilah kita sama-sama mengukur sejauh mana kesibukan kita berbanding dengan beliau..

Marilah sahabatku kita berfikir sejenak...adakah kita dijadikan di bumi Allah ini hanya sia-sia?

"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." [As Sajadah:9]

Renungan..
Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.- Al Imam Ghazali










Thursday, 3 May 2012

salam..
Hari jumaat ne genap umurku 20 tahun.. tq Allah atas nikmat yang kau berikan..sebenarnya jam 12 malam lagi aku nak buat post..tapi memandangkan broadband tak ada line..terpaksa lar tdo jak lar..huhu..
Peningkatan usia ini ku harap akan lebih mematangkan diri ku....

12.00 am
Tut..tut..(menandakan ada mesej sampai )

"dear edni, hepy bday!! smoga Allah beri kberkatan n krahmatan dlm sgala apa yg kau usahakan. smoga kau pnjng umur n dberi nikmat sihat yg bpnjangan. amin, andai selama ini ak bnyk brbuat salah, ak mintak maaf, smoga kau jd seorang yg tabah n x mudah mengalah dlm mncari keredhaanNya. uhibbukifillah :))".

ne lar mesej dia..maw nangis saya baca..terima kasih mun..
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada lagi hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya...uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.


Aduhai wanita…
Sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedarinya? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.

Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita..

Sebenarnya maruh diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongka batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang dating bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, aka nada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.
Wanita ku..
Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul berderu-deru ibarat halilintar yang singgah di  cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarmu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita mais yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku..

Imanmu adalah perisai , agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruhmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bias kau kendong.

Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bias hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.

Bulatnya iman dan takwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu.

“ Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan”.

Wanita.. Biar tawadukmu lebih menggunug daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu. Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia..
Credit : Artikel iluvislam.com

Thursday, 19 April 2012

Semester Baru

Salam..ha..ne lah persediaan aku untuk next sem..huhu..barulah hidup teratur sikit...hehe..
credit by google

  • Kedatangan 100%..tiada sebarang bentuk 'pemontengan' yang akan cuba dilakukan pada semester 5 dan 6..Kalau tak hadir kelas..akan cuba untuk bertanya dengan rakan sekelas (Insyaallah)
  • Hantar 100% assignment..pengalaman yang lepas selalu tak hantar assignment..lewat hantar assignment..Kena berubah ne (Insyaallah)
  • Selalu ziarah sahabat sekelas...kalau dulu sahabat yang rapat saja nak diziarah..lepas ne tak payah tunggu rapat..ziarah jak..kena rajin-rajinkan diri(Insyaallah)
  • Wujudkan lecture note untuksetiap subjek.. Rajin-rajinkan diri buat revision setiap topik yang lecture ajar dalam kelas..Rajin-rajinkan diri pergi Libary..(Insyaallah)
  • Mandi lepas solat subuh dan baca quran..kalau mandi lambat pergi kelas pun lambat..lepas solat magrib mengaji dengan roommate.(Insyaallah)
  • Susun masa baik-baik..Waktu makan, waktu study, waktu rehat, waktu buat assingment, waktu buat lab report, waktu baca buku dan lecture note dan waktu buka laptop..Pengurusan masa yang baik menghasilkan result yang baik juga. (Insyaallah)
  • Menerapkan personaliti 'Kemas' setiap masa dan waktu...Diri kena kemas, meja kena kemas, pakaian kena kemas, fail-fail kena susun baik-baik, cakap kena kemas dan lain-lain..Kesimpulannya semua benda kena kemas.(Insyaallah)
  •  Konsisten dalam segala hal..Walaupun sakit dan lain2 kena datang kelas juga..Entertain lecture walaupun dia tak sedari kita di dalam kelas..(Insyaallah)
  • Buat skala 'Priority'. Important, not important, urgent dan not urgent. Kena pandai kenalpasti tahap keutamaan sesuatu perkara..Last sem banyak habiskan masa dengan low important dan low urgency.(Insyaallah)
  •  Jangan selalu balik bilik bila ada selang antara kelas. Kalau boleh buat pekara2 yang berfaedah untuk memanfaatkan masa yang terluang.(Insyaallah)
  • Jangan lupa Usrah..Wajibkan diri untuk join usrah.Walaupun badan dah penat..Dekatkan diri dengan masjid..Dekatkan diri dengan sahabat-sahabat yang mendekatkan kita dengan Allah..(Insyaallah)
  • Elakkan salah faham.Pengalaman sem lepas berlaku salah faham dengan sahabat..tapi ego menguasai diri..susah untuk minta maaf walaupun masalahnya yang kecil tetapi telah menjadi besar..(Insyaallah)
Dan jangan sekali-kai kamu mengatakan tentang sesuatu "Sesungguhnya akau akan mengerjakan ini esok pagi kecuali (dengan menyebut) 'Insyaallah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini' "

 (Al-Kahfi [18:23-24])

Insyaallah semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar..amin..(sem 5 & 6 i'm coming)










Salam..
         Wah tak sangka tinggal beberapa minggu lagi aku nak abis LI...yeyeh....tak tahu sama
ada tak sabar nak abiskan LI atau sedih nak abiskan LI...Alamak !!! Fuh!! confius abis....
Report belum buat lagi lar..huhu..terpaksalah *rushing * ne buat report..nak kan siapa suruh tidak buat awal2..
tidak tido2 lar ne buat report..haha..baru tau..
Sebenarnya saya dah tak sabar nak balik poli..nak join Usrah aka bulatan gembira..nak jumpa kawan2..

Walau pun tempohnya agak singkat..tpi bnyk lar juga yang aku belajar..huhu.. Terima kasih semua...
Fuh nanti aku rindu pla LI tempat korang ..  
Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya..huhu...sedihnya...






Wednesday, 8 February 2012

Aku rindu jiwa-jiwa yang selalu mengajar ku...

Assalammualaikum wtb....
Syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini...kadang-kadang diri ini, tak pernah bersyukur, lupa akan pencipta yang selalu memberi peringatan...Ya Allah bantulah diri ini...aku rindu akan jiwa-jiwa yang selalu mengajarku..mendidikku...mentarbiah ku..bulatan gembira ku yang bahagia...OSEM..