Wednesday 18 April 2012

Dunia Remaja

Salam....Hidup sebagai remaja banyak cabaran dan dugaannya..Hanya dengan kekuatan iman saja lah seorang remaja tersebut dapat menghadapi cabaran dunia remaja..Ini kerana, pada usia tersebut seorang remaja banyak menghadapi konflik dengan dirinya sendiri...Dimana remaja tersebut perlu mengenalpasti identiti diri untuk menghadapi masa hadapan..Dalam peringkat ini remaja akan mudah terpengaruh dengan dunia moden sebagai contoh remaja zaman sekarang banyak yang hanyut dengan peredaran zaman..Kononnya, remaja yang tidak mengikut perkembangan semasa dikatakan kolot dan tidak moden...Walahal, kerana peredaran zamanlah remaja sekarang tidak ada nilainya..Apabila masalah ini berlaku, ibubapa akan menjadi mangsa..
     Kini  remaja yang masih dapat menutup aurat sepenuhnya, remaja yang masih dapat mejaga pergaulannya, remaja yang masih menghormati ibubapanya, remaja yang masih dapat mengawal nafsunya, remaja yang masih melakukan suruhan-Nya, remaja yang masih meninggalkan larangan-Nya, semakin berkurang disebabkan peredaran zaman..Ya Allah, rahmatilah mereka.. SesungguhNya mereka patut berbangga dengan diri mereka..kerana melakukan sedemikian rupa amatlah sukar..kini bukan lagi benda yang senang dengan hasutan dari syaitan via kawan-kawan...Ya Allah, kuatkanlah iman mereka...SesungguhNya mereka teleh berjuang habis-habisan melawan hawa nafsu yang mengawal diri ini..Tidak lupa juga dengan diri ini, yang kini meningkat remaja..Ya Allah, kuatkan iman ku untuk menghadapi ujian ini..SesungguhNya diri ini masih juga remaja yang mencari-cari hala tuju yang sebenar..Ujian itu tarbiyah daripada Allah SWT..Musibah itu juga didikan daripada Allah SWT..Andai ada tersalah bahasa mahupun kata, harap dimaafkan diri ini..Sekadar perkongsian untuk kita semua...Segala yang baik datang daripada Allah dan segala yang buruk datang dari diri yang tidak sempurna ini..

No comments:

Post a Comment