Friday 14 September 2012

DOA?


Namun ikhwah fillah, nur yang kau harapkan, kejayaan yang diimpikan, pembaikan dan pengorbanan yang kau usahakan tidak semestinya akan dikabulkan tuhan. 3 kondisi pembalasan yang akan diberikan oleh Allah swt adalah dengan:

1. Dengan segera memakbulkan doa tersebut. Kerana doa itu datangnya daripada orang yang soleh, taat pada tuhannya serta sayang pada agamanya. Doa itu juga tiada mudarat bagi siapa pun. Orang boleh jadi bahagia dengan doanya itu ataupun sebagainya. Antara doa yang cukup mustajab yang pernah dijadikan kisah adalah bagaimana Rasulullah mendoakan agar hujan turun di saat kaum muslimin kehausan dalam perjalanan perang Tabuk. Abu Hurairah juga diberikan akal yang sehat, pemahaman yang benar serta hafalan yang hebat selepas didoakan oleh Rasulullah saw. Umar al-Khattab juga masuk islam adalah kerana berkatnya doa Rasulullah saw. Banyak lagi contoh yang boleh diberikan.

Apabila kita dikurniakan nikmat seperti ini, maka sujud syukurlah kita. Tidak semua doa umat nabi Muhammad itu terpilih sekaligus, bahkan kita yang terpilih. Satu nikmat yang agung, dan barangsiapa yang kufur nikmat ini, maka baginya azab api neraka yang keras. Jauhkan diri kita dari sikap sombong dan takabur, sesungguhnya kita umat manusia yang teramat lemah.

2. Dengan penangguhan doa tersebut. Ini adalah kerana mungkin masa untuk doa itu dikabulkan masih lagi tidak sesuai. Ibaratnya seseorang itu meminta untuk menikah. Sekiranya masanya masih belum sesuai, pemuda yang berdoa itu masih muda, 15 tahun barangkali, sudah semangat mahu menikah. Maka doa itu boleh-boleh saja berlaku penangguhan. Doa cepat kaya juga boleh mengalami kes yang sama. Sekiranya orang yang berdoa itu hanya duduk-duduk sahaja  di rumah, mana mungkin boleh kaya cepat. Sama juga kalau didoakan untuk dapat 4 flat. Kalau tidak pernah diusahakan untuk mendapatkannya. Mana mungkin dapat, betul tak?

Ikhwah fillah, apabila doa kita lambat dimakbulkan, sabarkan diri. Tanamkan tekad dan hisablah diri. Mungkin usaha kita belum kuat, belum tuntas (bak kata orang indonesia..), belum habis-habisan lagi. Sekiranya Allah memberikan penangguhan, yakinlah bahawasanya Allah menginginkan yang terbaik buatmu. Mungkin sekiranya Allah kabulkan di saat kita tidak bersedia, boleh jadi kita mendapatkannya, tapi tidak mungkin bertahan lama. Dan mungkin juga penangguhan itu sehingga ke hari penghisaban. Saat itu, kita pasti merasa tidak rugi kerana pernah berdoa di saat kita hidup di muka bumi-Nya.

3. Dengan tidak dimakbulkan doa tersebut. Apabila doa itu tidak tertunai langsung, jangan pernah merasa bengang pada tuhan ataupun putus pengharapan. Kerana mungkin doa kita itu berbentuk kecelakaan ataupun perkara yang mustahil. Contohnya, kita menginginkan untuk dipasangkan dengan seorang wanita yang mulus kulitnya, cantik budi bahasanya, baik keturunan mahupun agamanya dan wanita itu berada di kalangan sahabat kita sendiri. Tetapi, telah ditetapkan oleh Allah swt bahawa jodohnya adalah jejaka lain yang lebih hensem, lebih baik, lebih beragama daripada kita. Bagaimana kita berusaha untuk berdoa dan cuba untuk mendapatkannya, adalah tetap mustahil sekiranya bukan jodoh kita. Wallahua’lam, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik buat kita. Kalaulah doa kita itu juga adalah dengan mengharapkan kecelakaan buat orang lain tanpa sebarang sebab, maka adalah juga mustahil dan mungkin akan dikembalikan doa itu kepada kita, dan kemungkinan kita akan dicelakakan doa kita sendiri.

Buat sang pencinta tegar alam couple, dinasihatkan untuk kembali mengingat tuhan. Jodoh adalah ketentuan tuhan. Sekiranya kita mengharap jodoh yang tidak baik, maka bergelumanglah dalam dosa. Sekianya kita mengharap jodoh yang baik malah menarik, maka bergelumanglah dalam pahala. Tetapi, insyaAllah sekiranya tidak dimakbulkan doa kita, Allah akan menggantikannya dalam bentuk yang lain sebagai peringatan dan juga anugerah buat kita. Seperti hidup yang lebih senang, ibu bapa yang sehat, kesihatan yang berterusan dan sebagainya..Wallahua’lam.

***************

Sentiasa kembali mengingat Allah, kerana itu sahaja penyelesaian buat hati yang runsing dan gundah. Message ini dikirimkan buat seorang sahabat sekelas yang putus asa dalam mencari arah hidup. Harapnya dilakukan pembaikan dalam akademik. Sangat sayang sekiranya kita pulang tanpa membawa apa-apa. Yang akan menanti hanyalah tangisan ibu yang kecewa akan keterputusasaan kita. Ingatlah, Allah sangat menyayangi hamba-hambanya~

Teruskan berdoa, kerana hanya kebaikan yang dijanjikan daripada Allah daripada berkatnya doa itu.
(daripada sahabat blogger)

No comments:

Post a Comment