Pandanglah dunia ini dgn keredahan hati......Jangan mengharapkan apa2 drpd apa2 yg d lakukan kecuali utk mcari keredahan allah..........
Sunday, 7 October 2012
Friday, 14 September 2012
Dialog antara Encik Iman dengan Encik Diri
Iman : Assalamualaikum, bos.
Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?
Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...
Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..
Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.
Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...
Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...
Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.
Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.
Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..
Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..
Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.
Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
Diri : Terima kasih Encik Iman.
DOA?
Namun ikhwah
fillah, nur yang kau harapkan, kejayaan yang diimpikan, pembaikan dan
pengorbanan yang kau usahakan tidak semestinya akan dikabulkan tuhan. 3 kondisi
pembalasan yang akan diberikan oleh Allah swt adalah dengan:
1.
Dengan segera memakbulkan doa tersebut. Kerana doa itu datangnya daripada orang
yang soleh, taat pada tuhannya serta sayang pada agamanya. Doa itu juga tiada
mudarat bagi siapa pun. Orang boleh jadi bahagia dengan doanya itu ataupun
sebagainya. Antara doa yang cukup mustajab yang pernah dijadikan kisah adalah
bagaimana Rasulullah mendoakan agar hujan turun di saat kaum muslimin kehausan
dalam perjalanan perang Tabuk. Abu Hurairah juga diberikan akal yang sehat,
pemahaman yang benar serta hafalan yang hebat selepas didoakan oleh Rasulullah
saw. Umar al-Khattab juga masuk islam adalah kerana berkatnya doa Rasulullah
saw. Banyak lagi contoh yang boleh diberikan.
Apabila kita
dikurniakan nikmat seperti ini, maka sujud syukurlah kita. Tidak semua doa umat
nabi Muhammad itu terpilih sekaligus, bahkan kita yang terpilih. Satu nikmat
yang agung, dan barangsiapa yang kufur nikmat ini, maka baginya azab api neraka
yang keras. Jauhkan diri kita dari sikap sombong dan takabur, sesungguhnya kita
umat manusia yang teramat lemah.
2.
Dengan penangguhan doa tersebut. Ini adalah kerana mungkin masa untuk doa itu
dikabulkan masih lagi tidak sesuai. Ibaratnya seseorang itu meminta untuk
menikah. Sekiranya masanya masih belum sesuai, pemuda yang berdoa itu masih
muda, 15 tahun barangkali, sudah semangat mahu menikah. Maka doa itu
boleh-boleh saja berlaku penangguhan. Doa cepat kaya juga boleh mengalami kes
yang sama. Sekiranya orang yang berdoa itu hanya duduk-duduk sahaja di rumah, mana mungkin boleh kaya cepat. Sama
juga kalau didoakan untuk dapat 4 flat. Kalau tidak pernah diusahakan untuk
mendapatkannya. Mana mungkin dapat, betul tak?
Ikhwah fillah,
apabila doa kita lambat dimakbulkan, sabarkan diri. Tanamkan tekad dan hisablah
diri. Mungkin usaha kita belum kuat, belum tuntas (bak kata orang indonesia..),
belum habis-habisan lagi. Sekiranya Allah memberikan penangguhan, yakinlah
bahawasanya Allah menginginkan yang terbaik buatmu. Mungkin sekiranya Allah
kabulkan di saat kita tidak bersedia, boleh jadi kita mendapatkannya, tapi
tidak mungkin bertahan lama. Dan mungkin juga penangguhan itu sehingga ke hari
penghisaban. Saat itu, kita pasti merasa tidak rugi kerana pernah berdoa di
saat kita hidup di muka bumi-Nya.
3.
Dengan tidak dimakbulkan doa tersebut. Apabila doa itu tidak tertunai langsung,
jangan pernah merasa bengang pada tuhan ataupun putus pengharapan. Kerana
mungkin doa kita itu berbentuk kecelakaan ataupun perkara yang mustahil.
Contohnya, kita menginginkan untuk dipasangkan dengan seorang wanita yang mulus
kulitnya, cantik budi bahasanya, baik keturunan mahupun agamanya dan wanita itu
berada di kalangan sahabat kita sendiri. Tetapi, telah ditetapkan oleh Allah
swt bahawa jodohnya adalah jejaka lain yang lebih hensem, lebih baik, lebih
beragama daripada kita. Bagaimana kita berusaha untuk berdoa dan cuba untuk
mendapatkannya, adalah tetap mustahil sekiranya bukan jodoh kita. Wallahua’lam,
mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik buat kita. Kalaulah doa kita itu
juga adalah dengan mengharapkan kecelakaan buat orang lain tanpa sebarang sebab,
maka adalah juga mustahil dan mungkin akan dikembalikan doa itu kepada kita,
dan kemungkinan kita akan dicelakakan doa kita sendiri.
Buat sang
pencinta tegar alam couple, dinasihatkan untuk kembali mengingat tuhan. Jodoh
adalah ketentuan tuhan. Sekiranya kita mengharap jodoh yang tidak baik, maka
bergelumanglah dalam dosa. Sekianya kita mengharap jodoh yang baik malah
menarik, maka bergelumanglah dalam pahala. Tetapi, insyaAllah sekiranya tidak
dimakbulkan doa kita, Allah akan menggantikannya dalam bentuk yang lain sebagai
peringatan dan juga anugerah buat kita. Seperti hidup yang lebih senang, ibu
bapa yang sehat, kesihatan yang berterusan dan sebagainya..Wallahua’lam.
***************
Sentiasa
kembali mengingat Allah, kerana itu sahaja penyelesaian buat hati yang runsing
dan gundah. Message ini dikirimkan buat seorang sahabat sekelas yang putus asa
dalam mencari arah hidup. Harapnya dilakukan pembaikan dalam akademik. Sangat
sayang sekiranya kita pulang tanpa membawa apa-apa. Yang akan menanti hanyalah
tangisan ibu yang kecewa akan keterputusasaan kita. Ingatlah, Allah sangat
menyayangi hamba-hambanya~
Teruskan
berdoa, kerana hanya kebaikan yang dijanjikan daripada Allah daripada berkatnya
doa itu.
(daripada sahabat blogger)
Jodoh dan Takdir - MISK
Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna
Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan
Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan
Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan
Thursday, 26 July 2012
Episod Luar Biasa
Assalammualiku w.t.b...
Mari kita buka dengan 'Bismillaahirrahmaanirrahiim' untuk mendapat limpahan kasih Allah agar sentiasa mendapat keredahan-Nya dan kedamaian di setiap langkah kita..
Rasulullah pernah bersabda ;
"Setiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillaahirrahmaanirrahiim terputuslah berkahnya."
Mari kita buka dengan 'Bismillaahirrahmaanirrahiim' untuk mendapat limpahan kasih Allah agar sentiasa mendapat keredahan-Nya dan kedamaian di setiap langkah kita..
Rasulullah pernah bersabda ;
"Setiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillaahirrahmaanirrahiim terputuslah berkahnya."
(dari tafsir Ibnu Katsir)
"Pahlawan sejati adalah orang yang dapat memanfaatkan setiap momentum kepahlawanan." (Anis Matta)
Kecil-kecil jadi Mutfi
Suatu hari, di Masjidil Haram seorang guru tengah menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Guru tersebut mengajar ilmu fiqh, muamalah, jinayah dan hukum-hukum.
Namun ada yang ganjil dalam majlis itu, ternyata guru tersebut nampak jauh lebih muda berbanding murid-muridnya. Bahkan di tengah proses pembelajaran, guru tersebut sempat meminta izin untuk minum, padahal pada siang itu adalah bulan Ramadhan...Seorang daripada muridnya merasa hairan lalu bertanya kepada guru tersebut "Mengapa anda minum, padahal ini kan bulan puasa?", tanya murid tersebut...Lalu sang guru itu pun menjawab "Aku belum lagi wajib berpuasa."
Siapakah sang guru tersebut????
Beliau ialah Muhammad Idris Asy Syafi'i , yang lebih dikenali dengan nama Imam Syafi'i.
kita tidak perlu hairan dengan beliau, kerana pada usia belum baligh lagi Imam Syafi'i sudah menjadi ulama yang disegani...Usia beliau 9 tahun sudah hafal al-Quran...Usia 10 tahun isi Kitab Al Muwatha-Imam Malik yang berisi 1.720 hadis pilihan juga mampu dihafalnya dengan sempurna...Pada usia 15 tahun telah memegang jawatan sebagai mutfi di Kota Makkah...Bahkan pada usia 15 tahun juga Imam Syafi'i sudah terkenal dalam bidang bahasa dan sastra Arab, hebat dalam membuat syair, jaguh qiraat, serta diakui mempunyai pengetahuan yang luas tentang adat istiadat Arab yang asli...Subhanallah..
Wednesday, 18 July 2012
Assalammualaikum...Dah hampir nak ramadhan..tinggal 2 hari..Jom sama-sama kita betulkan niat..Insyaallah..
Labels:
Coretan Diri
Location:
Mukah, Sarawak, Malaysia
Friday, 25 May 2012
Confirm Flight ke alam barzakh?
![]() |
| credit by pakcik Google |
Kenangilah akan flight kita ke alam barzakh...
One way flight yang tiada jalan pulang nya
Bila pergi ..ia akan selamanya
Confirm flight yang tak perlukan waiting list
Tak perlu booking dari awal
Tak ada boarding past yang perlu diambil
Tak ada last call untuk boarding
Tak ada bagasi yang perlu discan
Tak ada nombor tempat duduk yang perlu di
cari
Tak ada economy class atau VIP
Tak ada senyum " Good Morning sir ? " dari
paramugari
Tak ada juice dalam perjalanan
Tak ada demo keselamatan
Tak ada bahan bacaan untuk tatapan
Tak terlihat awan yang penuh keindahan
Dan tak ada ucap selamat dari juruterbang
Yang ada ...
Hanya check in dari Izrail
Yang akan datang memanggil
Hanya ucap selamat dari tanah perkuburan
Hanya soalan dari mungkar nakir yang
menggerunkan
Hanya bacaan talqin yang menginsafkan
Hanya gelombang sakaratul maut yang
menyakitkan
Hanya pertarungan ujian dengan syaitan
Yang cuba menyesatkan aqidah dengan seribu
penyamaran
Hanya iringan Yasin dan bacaan Al-Quran
Dari anak yang soleh, rakan dan taulan
Hanya amalan akan discan
Dengan penuh detail dan ketelitian
Walau sebesar zarah akan dihitung
Segala perbuatan kita akan ditanggung
Amalan soleh atau toleh
Begitulah adilnya Tuhan
Tidak membiarkan sebarang penganiayaan
Untuk rujukan di liang perkuburan
Jika mulia jadilah taman syurga
Kalau hina.. Jadilah lubang neraka
Kita confirm akan ke sana
Tak ada yang terlepas dari persoalannya
Awas !!...dan beringatlah
Confirm flight ini akan tiba jua
Bukankah rasul telah bersabda " Cukuplah mati sebagai peringatan ".
Tiada tiket yang menunjukkan masa
Tiada transit di mana-mana
Tanpa mengetahui bilakah masa nya
Semua nya hanya ada
Dalam pengetahuan Tuhan yang Esa
Maha Mentadbir dan mengetahui segala-gala nya..
Subscribe to:
Posts (Atom)


